HOST LIVE

SEREMBAN, Negeri Sembilan
Posted more than 30 days ago
Company:
GALERI USTAZAH ASMA' HARUN
Company Description:
Misi: Menyediakan tenaga kerja dan menjana sumber ekonomi dengan tujuan "Membeli Sambil Memberi" bagi membantu melaksanakan kerja-kerja dakwah dan kebajikan dibawah NGO Sahabat Amal Care (SAC), komuniti dan pihak berkepentingan. Visi : Peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat serta memperjuangkan dakwah ekonomi Islam ke serata Malaysia dan dunia.
Contract Type:
Full Time
Experience Required:
2 years
Education Level:
Bachelor's Degree
Number of vacancies:
1

Job Description

1. Mempromosikan Produk Secara Langsung
• Mengacara sesi live streaming untuk mempromosikan produk fesyen muslimah butik, termasuk pakaian, aksesori, beg tangan, da n lain-lain.
• Menjelaskan ciri-ciri produk seperti jenis kain, ukuran, warna, cara penjagaan, serta kelebihan produk kepada audiens secara interaktif dan menarik.
2. Berinteraksi dengan Audiens

• Berinteraksi secara langsung dengan penonton melalui sesi soal jawab, menjawab pertanyaan mengenai produk, dan menerima maklum balas secara spontan.
• Mendorong penonton untuk memberi komen, bertanya soalan, atau melakukan pembelian terus melalui platform yang sedang digunakan seperti Shopee Live, Instagram, atau Facebook.

3. Muatnaik Kandungan Live yang Menarik

• Merancang dan menyusun skrip atau garis panduan untuk sesi live supaya berjalan dengan lancar. Ini termasuk memikirkan cara untuk memperkenalkan produk baru, promosi terkini, dan acara butik.
• Membuat peragaan pakaian secara langsung (live modeling) atau menunjukkan cara untuk memadankan pakaian dengan aksesori bagi memberikan inspirasi kepada penonton.

4. Meningkatkan Penglibatan dan Jualan

• Menggalakkan penonton untuk membuat pembelian secara langsung melalui tawaran promosi, diskaun eksklusif, atau giveaway semasa sesi live.
• Membuat pengumuman khas tentang promosi atau pelancaran produk eksklusif yang hanya tersedia semasa sesi live untuk meningkatkan minat dan penglibatan penonton.

5. Pengurusan Masa dan Jadual Sesi Live

• Mengatur jadual siaran langsung mengikut kalendar promosi butik dan memastikan setiap sesi dimulakan tepat pada masanya.
• Berkoordinasi dengan pasukan untuk memastikan produk yang dipromosikan tersedia dan stok dikemas kini sebelum sesi bermula.

Faedah:
1. Allowance
2. KWSP, EIS, SOCSO
3. Medical claim
4. Annual leave
5. Commission

Kriteria:
1. Solat 5 waktu
2. Keutamaan kepada calon yang mempunyai laptop & telefon
3. Muslim sahaja
4. Boleh mula bekerja dalam keadaan segera
Salary:
RM 1,600.00 Monthly