HR

SEREMBAN, Negeri Sembilan
Posted 3 days ago
Company:
GALERI USTAZAH ASMA' HARUN
Company Description:
Misi: Menyediakan tenaga kerja dan menjana sumber ekonomi dengan tujuan "Membeli Sambil Memberi" bagi membantu melaksanakan kerja-kerja dakwah dan kebajikan dibawah NGO Sahabat Amal Care (SAC), komuniti dan pihak berkepentingan. Visi : Peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat serta memperjuangkan dakwah ekonomi Islam ke serata Malaysia dan dunia.
Contract Type:
Full Time
Experience Required:
3 to 4 years
Education Level:
Bachelor's Degree
Number of vacancies:
1

Job Description

1. Pengurusan Sumber Manusia Secara Strategik
• Membantu pihak pengurusan dalam merancang keperluan tenaga kerja mengikut perkembangan perniagaan.
• Memastikan strategi HR selari dengan objektif syarikat untuk mencapai pertumbuhan dan jualan.
• Menyediakan struktur organisasi & KPI pekerja bagi memastikan produktiviti optimum.
• Menyusun struktur gaji, insentif & manfaat pekerja yang kompetitif untuk menarik dan mengekalkan bakat terbaik.

2. Pembangunan & Pengurusan Prestasi Pekerja
• Menyediakan sistem penilaian prestasi (Performance Review & KPI) yang selaras dengan objektif syarikat.
• Mengenal pasti pekerja yang berprestasi tinggi dan mencadangkan kenaikan pangkat atau ganjaran.
• Menguruskan latihan dan pembangunan pekerja bagi meningkatkan kecekapan kerja.
• Menyediakan pelan succession planning untuk memastikan kesinambungan kepimpinan dalam syarikat.

3. Pengurusan Tenaga Kerja & Budaya Kerja
• Memastikan budaya kerja positif & motivasi tinggi dalam organisasi.
• Menjadi penghubung antara pekerja dan pengurusan dalam menyelesaikan konflik dan isu dalaman.
• Menyusun program team building & engagement untuk meningkatkan produktiviti dan kesetiaan pekerja.
• Menganalisis trend tenaga kerja, kadar keluar masuk pekerja (turnover rate), dan cadangkan penyelesaian.

4. Pengurusan Polisi, Undang-Undang & Risiko HR
• Memastikan syarikat mematuhi undang-undang buruh (Akta Kerja 1955, KWSP, SOCSO, EIS, PCB, dll.).
• Menyediakan, mengemas kini, dan menguatkuasakan polisi syarikat seperti cuti, disiplin, dan keselamatan kerja.
• Mengendalikan tindakan tatatertib dan siasatan dalaman jika berlaku pelanggaran etika kerja.
Salary:
RM 2,500.00 Monthly